Nintendo melancarkan semula NES (Nintendo Entertainment System) sebagai NES Classic Edition namun ianya lebih kecil dan mempunyai 30 permainan terbina dalam. Ianya boleh dihubungkan ke skrin televisyen menerusi kabel HDMI dan turut memberikan alat kawalan yang serupa seperti NES gamepad.

Alat kawalan ini boleh dihubungkan ke Wii Remote, jadi anda boleh menggunakan untuk memainkan Konsol Maya (Virtual Console) pada Wii atau Wii U. Ianya akan mula dijual di Amerika sekitar bulan November ini dengan harga bermula USD59.99 (~RM240).

Nintendo juga di dalam perancangan untuk menghasilkan konsol terbaru yang dijangka dilancarkan pada Mac 2017 iaitu Nintendo NX.



Berikut adalah senarai penuh permainan yang ditawarkan:

  •     Balloon Fight
  •     Bubble Bobble
  •     Castlevania
  •     Castlevania II: Simon's Quest
  •     Donkey Kong
  •     Donkey Kong Jr.
  •     Double Dragon II: The Revenge
  •     Dr. Mario
  •     Excitebike
  •     Final Fantasy
  •     Galaga
  •     Ghosts'N Goblins
  •     Gradius
  •     Ice Climber
  •     Kid Icarus
  •     Kirby's Adventure
  •     Mario Bros.
  •     Mega Man 2
  •     Metroid
  •     Ninja Gaiden
  •     Pac-Man
  •     Punch-Out!! Featuring Mr. Dream
  •     StarTropics
  •     Super C
  •     Super Mario Bros.
  •     Super Mario Bros. 2
  •     Super Mario Bros. 3
  •     Tecmo Bowl
  •     The Legend of Zelda
  •     Zelda II: The Adventure of Link